Nyanyi Lagu Seribu Tahun, Naim Daniel Sebak Masa Resepsi Mira & Emir

Penyanyi dan pelakon Naim Daniel akui berasa sebak sewaktu menyanyikan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain ketika majlis resepsi pelakon Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar pada Ahad lalu.

Menurut Naim, situasi bertambah em0si selepas dia melihat Emir memegang erat tangan Mira.

“Tiba-tiba terem0si pula tampil Seribu Tahun hari ini, tambahan pulak masa bahagian lirik jangan putus harapan sedia setia. 

“Itulah saat saya melihat Wan Emir Astar genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pelantun lagu Svmpah turut menitipkan doa buat pasangan sama cantik sama padan ini.

“Hari yang indah untuk mereka dan saya mendoakan yang terbaik dan yang terbaik untuk pasangan ini.

“Terima kasih kerana mempercayai saya untuk membuat persembahan di hari bahagia awak berdua,” tulisnya lagi.

Majlis resepsi Mira dan Emir berlangsung meriah di A-Park, Puchong, yang dihadiri teman rapat, rakan selebriti dan media.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @naimdanielx

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*