“Terima Kasih Untuk Doa Yang Baik-Baik Dari Semua…” – Hannah Delisha

Kelmarin, Instagram pelakon jelita Hannah Delisha menjadi tumpuan apabila dia memuat naik sekeping gambarnya mengenakan hijab dengan kapsyen “Bismillah”.

Kali ini gambar yang dijadikan sebagai gambar profile di Instagramnya itu dikongsikan pada satu entri untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk dirinya.

“Thank you all for your kind dua’a. My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan,” tulis Hannah dalam Bahasa Inggeris.

Ramai rakan selebriti serta meminat meninggalkan komen dan doa di ruangan komen entri tersebut yang sudah menghampiri 3,000 komen.

Hannah Delisha merupakan pelakon yang berasal daripada Singapura, tetapi membina nama dan kerjaya di Malaysia. Malah dia turut mempunyai sebuah single, Tak Perlu Kata Apa-Apa, dalam mencari peluang untuk menjadi penyanyi.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @hannahdelisha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*