Pelakon Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober 2019.
Terbaharu, Elfira telah berkongsi rasa gembira kerana anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf bakal memasuki usia setahun bulan hadapan.
Elfira merasakan waktu dan perjalanannya mengharungi kehidupan sebagai seorang ibu berlalu dengan begitu cepat.
“Percaya tak @muhamadrayyankhalafofficial dah setahun bulan depan? Sekejap je masa berlalu dah setahun jadi mak.
“Rasa macam semalam baru belajar nak sendawakan anak, sekarang ni dia gi git gi git kita je,” kongsi Elfira di Instagram.
Sementara itu, Elfira turut mendedikasikan ucapan terima kasih buat anaknya itu.
“Terima kasih kerana membuatkan perjalanan saya sebagai ibu begitu mudah dan menarik.
“Tak sabar rasanya untuk menerokai lebih banyak perkara dengan awak, till Jannah also okay my Khalaf,” tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Elfira memuji kecomelan anaknya itu.
Sumber: Gempak, Ig @ elfiraloy
Leave a Reply Cancel reply