Nazim Othman Dedah Punca Dia Habiskan Hampir RM15,000 Beli Baju

Aktor Nazim Othman akui menghabiskan wang hampir RM15,000 semata-mata untuk membeli pakaian bagi watak Zahred dalam drama Pengantin Satu Malam.

Menurut Nazim, bukan dia sahaja menyediakan ‘wardrobe’ sendiri tetapi kesemua pelakon Malaysia namun itu bukanlah satu rungvtan.


“Saya belanjakan hampir RM15,000 untuk beli baju-baju Zahred. Ya pelakon Malaysia memang kena sediakan baju-baju sendiri.

“Ini bukan sejenis rungvtan, ini adalah hakikat. Saya okey ja.

“Walaupun ada yang kec4m dengan kata-kata sinis kat saya sebagai pelakon, saya biarkan saja sebab saya tau komitmen yang saya bagi atas tanggungjawab yang digalas,” tulisnya

Nazim memberitahu perkara itu selepas mendapat pujian daripada kalangan peminat mengenai penampilannya dalam drama tersebut.


Dalam pada itu, pemilik nama Nazim mendedahkan idea penampilan datang dari dirinya sendiri selepas membaca skrip.

Tambah pemilik nama Nushrul Alif Othman, dia turut mementingkan gaya ketika berada di hadapan kamera termasuk cara berjalan.

“Saya buat sendiri style dan look untuk watak Zahred lepas baca skrip dan syukurlah pengarah pun setuju dengan idea saya.

“Zahred ni sebenarnya mat bunga, romantik dan ‘happy go lucky’, jadi di peringkat awal cerita, saya pakaikan dia baju-baju warna terang.


“Selepas dia kecewa, mood ke laut setelah dikhi4nati teman wanita dan papanya, Zahred jadi murvng, terc4mpak dalam gaung.

“Sejak tu saya gelapkan baju-baju dia juga, seiring dengan perubahan perangai dia yang bertukar kaku, nampak macam takda perasaan dan serius sentiasa.

“Gaya dan pemilihan warna baju dan cara hidup Zahred juga akan bertukar mengikut plot selepas dia kenal Zulaikha.

“Sebagai pelakon, saya ambik berat soal karakter lakonan saya termasuk cara berjalan, bercakap, renungan dan lain-lain,” tulisnya lagi.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @nazimothman

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*