“Bila Dia Tak Nak Ikut Arahan…” – Shooting Dengan Siti Nurhaliza, Aafiyah Cvri Perhatian Netien

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman lucu ketika menjalani penggambaran bersama anaknya, Siti Aaafiyah.


Menurut Siti, seluruh kru jadi kecoh bila Aafiyah tidak mahu mengikuti arahan yang sepatutnya.

“Bila Aafiyah cheeky tak nak ikut Arahan. Last shoot pula tu, lain semua perfect! Hahahaha

“Dia boleh gelakkan kita pula, kecoh satu kampung,” katanya.

Siti berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbabit, Siti memuat naik rakaman video yang menunjukkan gelagat Aafiyah ketika ‘buat hal’.

Difahamkan, ketika itu mereka sedang merakamkan muzik video lagu terbaharunya berjudul Kuasa Cintamu.

Kuasa Cintamu merupakan lagu yang dimuatkan dalam album terbarunya, ManifestaSiti2020.


Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mana rata-rata terhibur dengan gelagat Aafiyah.

 

Sumber: Gempak, Ig @ctdk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*