“Nak Bunga Ke Nak…?” – Suami Ain Edruce Dilabel Tak Romantik Gara-Gara Ini

Pelakon dan pengacara Ain Edruce telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019.

Sebelum ini, Ain juga pernah mendedahkan bahawa sepanjang tempoh perkahwinan, suaminya lebih banyak memasak berbanding dirinya.


Terbaharu, Ain Edruce mengakui suaminya, Amirul bukanlah seorang lelaki yang romantik terhadap pasangan.

Begitupun, menurut Ain, walaupun dirinya tidak mendapat layanan romantis seperti pasangan lain sejak bercinta, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang lebih mengutamakan tanggungjawab.

“Bila orang lain dapat bunga, pernah tanya dia,’sayang, awak tak pernah beri bunga kepada saya’.

“Lepas tu dia suruh pilih katanya ‘awak nak bunga ke nak saya bayar kereta awak?’. Sudah pasti saya pilih untuk dia bayarkan kereta. Bunga berapa sen je pun. Amirul sejenis yang begitu, dia akan selesaikan tanggungjawab dia dulu,” katanya kepada Astro Gempak.

Disebabkan pengor banan besar suaminya itu juga dalam menjalankan tanggungjawab membuatkan Ain tidak kisah sekiranya tiada momen romantis diterimanya.


“Lepas dia tawarkan diri nak bayar kereta, rasa lega. Sejuk hati.

“Jadi, bila saya fikir balik, suami saya tak romantik, tapi komitmen yang dia k0rbankan untuk saya, buatkan saya tiada apa nak complain pasal dia,” katanya.

Bahkan, katanya lagi, suaminya itu juga bukanlah lelaki yang sentiasa mahukan ‘update’ seperti yang lazim dilakukan pasangan lain.

“Dia tak pernah kacau saya kerja. Sebab katanya, nanti balik rumah barulah cerita apa kami buat seharian.

“Kalau semua dah cerita di telefon, balik rumah tak ada apa nak borak,” katanya yang berkongsi ragam suaminya.

Sumber: Gempak, Ig @ainedruce

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*