Penyanyi Nourul Depp mengesahkan dia negatif virus COVID-19 selepas melakukan ujian pengesanan pada Sabtu.
Jelas Nourul, ujian tersebut dilakukannya bukan kerana punyai simptom sebaliknya salah satu syarat sebelum menjalani pembed4han pada Rabu depan.
“Saja berjalan kat hospital buat swap test!”Nak rasa! Hahaha. Dak aih. Sebab nak kena buat minor opera tion rabu ni. So kita kena buat test lah.
“Tunggu result dalam dua jam.
“Ge li ja hangpa. Tak sa kit pun. Cuba pergi buat kalau nak rasa selamatkan. Saja la. Ta kut sebarkan kat orang dengan tak sengaja kan,” kongsi Nourul menerusi Instagramnya.
Tambah Nourul perasaannya sebelum mendapat keputusan ujian COVID-19 itu umpama menunggu keputusan peperiksaan.
“2 jam selepas test COVID-19. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah
“Hangpa tak tau kami nak ambik result macam nak ambik result periksa, rasa nak muntah nak b***k semua ada.
“Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah. Pergi buat test. Supaya kita tau condition kita,” saran Nourul.
Nourul bagaimanapun tidak mendedahkan prosedur pembed4han minor yang bakal dijalani pada minggu hadapan.
Sumber: Gempak, Ig @nouruldepp
Leave a Reply Cancel reply