Mawar Rashid Kini Berhijab

Baru-baru ini pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid akhirnya terbuka hati untuk menutup aurat sepenuhnya selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan

Menurut Mawar, dia sudah lama menyimpan impian untuk memakai tudung namun akui hatinya berbolak-balik.

Bagaimanapun, Mawar akhirnya menyedari tanggungjawabnya sebagai wanita Islam bukan sahaja perlu sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan tetapi juga melakukan perkara wajib seperti menutup aurat.

“Sebenarnya saya nak tutup aurat dah lama sangat. Sudah tentu sebagai wanita beraga ma Islam ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan.

“Tapi itulah… saya pun manusia biasa dan banyak kekurangan. Hati saya pun rasa berbolak-balik, sebab itu masa Ramadan saya cuba untuk berhijab tapi rasa tak bersedia lagi.

“Saya tahu waktu itu hati tak kuat tapi Alhamdulillah, saya dapat hidayah selepas masuk kelas agama dan belajar lebih mendalam tentang Islam. Selama ini memang sentiasa ingat Allah tapi lepas masuk kelas, baharu saya belajar dan faham.

“Memang daripada dulu saya bersyukur, dan setiap kali solat mesti akan menangis… bukan sebab sedih tapi sebab Allah dah beri nikmat terlalu banyak tapi tak boleh tutup aurat. Nak buat perkara wajib ada saja alasan,” katanya kepada mStar.

Mawar menedahkan dia mula berhijab pada Isnin lalu dan memilih hari Jumaat untuk berkongsi berita gembira tersebut sempena Awal Muharram.

Dalam pada itu, Mawar berkata suaminya iaitu Raf Yaakob antara orang yang paling bahagia dan gembira dengan keputusannya untuk berhijrah.

“Raf orang yang sangat bahagia walaupun dia tak memaksa. Dia banyak bagi hint tapi saya cakap biar benda itu datang daripada diri sendiri. Alhamdulillah, saya tak rasa paksa diri tapi memang saya sedar ini tanggungjawab saya.

“Dia sentiasa mendoakan semoga saya terus istiqamah dan paling gembira dia tak tanggung d0sa sebab saya tak tutup aurat. Keluarga saya pun bersyukur dengan perubahan ini.

“Sebenarnya saya ada lima orang adik-beradik perempuan dan semua kakak serta ibu saya memakai tudung. Sebelum ini, memang saya seorang saja tak berhijab,” ujarnya.

Perkara tersebut dikongsikan Mawar menerusi laman instagram miliknya.

Perkongsian Mawar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya.

 

Sumber: Mstar, Ig @mawarashid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*