Pelakon Saharul Ridzwan berkongsi rahsia di sebalik kejayaan bergelar pelajar cemerlang ketika menuntut di sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan sekitar tahun 2012.
Akui Saharul, dia terpaksa berk0rban banyak perkara demi mengejar cita-citanya dalam bidang aeroangkasa ketika itu.
“Ada student aircraft tak kat sini? Tengah-tengah belek sijil, terjumpa pula transkrip ni.
“Teringat balik waktu belajar dulu. Awal-awal masuk belajar, saya memang nekad sungguh-sungguh, nak dapatkan almost dean list setiap semester.
“Jadi banyak benda yang saya k0rbankan. 3 tahun fokus betul-betul, bila member-member ajak pergi KL huha huha, saya sabar dan duduk je terperap kat kolej tu belajar, Alhamdulillah. Dapat result macam ni,” kongsinya.
Menerusi transkrip tersebut, Saharul mendedahkan dia memperoleh keputusan CGPA 3.70 dalam diploma Teknologi Pengurusan Kapal Terbang dari kolej tersebut.
Malah, kata Saharul sikap sama dipraktikkannya dalam kehidupan sekarang.
“Sama juga sebenarnya bila kita aplikasikan dalam kehidupan sekarang.
“Kalau kita nakkan sesuatu, nekad sungguh-sunggu dan bersedialah untuk korbankan sesuatu untuk capai impian kita.
“Kena yakin, apa yang kita k0rbankan tu setimpal dengan kejayaan yang kita dapat nanti. Yang penting doa, tawakal, usaha, dan sabar. Insha-Allah.
“Kejayaan tu bukan dari atas sekeping sijil, tapi macam mana kita bersusah payah untuk dapatkan result yang kita nak,” tambahnya.
Perkongsian Saharul itu telah mencvri perhatian para pengikutnya di instagram.
Sumber: Gempak, Ig (@saharulridzwan
Leave a Reply Cancel reply