Remy Ishak Belanja Foto Hero Malaya Berbaju ‘ARMY’ Cvri Perhatian Netizen

Aktor kacak Remy Ishak mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto hero malaya dalam misi penggambaran filem aksi terbaru mereka berjudul Bakara.

Menerusi laman sosial Instagram, Remy memuat naik foto-foto bersama Bront Palarae, Shaheizy Sam, Hairul Azreen dan Alif Satar yang sedang menjalani latihan bersama tentera Malaysia.

Selain Remy, pengarah filem tersebut Adrian Teh turut memuat naik foto yang sama di laman Instagramnya.

Menurut Adrian, filem tersebut yang sepatutnya sudah menjalani penggambaran terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani pandemik COVID-19.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya yang tidak sabar untuk menonton filem ini di pawagam kelak.

Filem Bakara bakal memaparkan peristiwa sebenar pertempuran membabitkan anggota tentera Malaysia di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, pada tahun 1993.

 

Sumber: Gempak, Ig @remyishak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*