Dr Amalina Umum Bertunang

Doktor dan pelatih bed4h popular, Dr Nur Amalina Che Bakri mengumumkan dia sudah melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hati.

Berita gembira itu dikongsi Amalina menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.


Dalam entri sama, Amalina turut berkongsi foto bersama tunangnya yang merupakan lelaki kulit putih itu.

Menurut Amalina, dia juga teruja untuk merancang perkahwinan yang akan diadakan di United Kingdom serta negara asalnya, Malaysia.

“Saya teruja untuk merancang dua perkahwinan di UK dan di Malaysia,” tulisnya.

Amalina turut meletakkan tanda pagar #Engaged menandakan dia sudah mengikat tali pertunangan.


Ruangan komen entri berkenaan sudah semestinya dihujani dengan ucapan tahniah dari para pengikut doktor terkenal ini.

Tahniah diucapkan kepada Dr Amalina, semoga urusan mendirikan rumah tangga dimudahkan oleh Allah SWT.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @dramalinabakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*