Menjadikan haiwan peliharaan sebagai hantaran dalam majlis pertunangan? Ia tidak pelik bagi pasangan Yusmadiella Yuz dan Abdul Qaiyum yang melangsungkan majlis pertunangan di Sarawak pada 2 Ogos lalu.Kongsi Yusmadiella, 24, kucing yang diberi nama Bijibu Ashley itu dibelinya seminggu sebelum majlis pertunangan mereka.”Saya sebenarnya memang minat sangat dengan kucing, jadi alang-alang nak bertunang, pasangan saya niat nak berikan kucing sebagai salah satu hantaran.
“Seminggu sebelum majlis dia bawa saya pergi cari dan beli.
“Ketika majlis itu dia tak ‘behave’ pun duduk dalam dulang itu. Jurugambar pun terpaksa cari banyak sudut sambil nak pastikan dia duduk diam-diam,” katanya kepada Gempak.
Kucing baka British Shorthair yang diberi nama Bijibu Ashley itu baru berusia empat bulan dan menjadi salah satu daripada 11 hantaran yang dihantar rombongan lelaki.
Terdahulu, foto-fotonya ketika majlis pertunangan tu1ar di Facebook dan mendapat lebih 800 perkongsian daripada pengguna
Tambah Yusmadiella, ramai yang terkejut apabila mereka memilih kucing untuk dijadikan hantaran pertunangan.
“Kata tetamu yang datang mereka tak pernah lagi tengok orang bagi hantaran benda hidup seperti kucing di kawasan tempat tinggalnya.
“Mungkin sebab unik dan lain daripada lain. Manalah tahu boleh jadi idea untuk pasangan pencinta kucing lain selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Yusmadiella pula membalas 13 dulang hantaran kepada pihak lelaki termasuk salah satunya mesin pancing.
“Sebenarnya hantaran-hantaran kami berdasarkan minat yang sama. Sebabkan saya minat kucing, dia bagi hantaran kucing.
“Saya pula balas balik dengan hantaran mesin pancing Abu Garcia sebab dia minat memancing,” ceritanya lagi.
Yusmadiella dan pasangan berkenalan sejak di bangku sekolah dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.
Sumber: Gempak, Facebook Yusmadiella Yuz
Leave a Reply Cancel reply