Terdahulu, nama penyanyi Ara Johari disebut sebagai artis bermasalah kerana menarik diri daripada menjayakan sebuah program pada saat akhir hingga did4kwa menyusahkan produksi mencari pengganti.
Namun begitu, Ara telah tampil menjelaskan bahawa dia mengalami masalah kesihatan yang teruk sehingga terpaksa menarik diri daripada menjayakan sebuah program terbitan stesen televisyen pada saat akhir.
Menurut Ara, faktor kesihatan menyebabkan dia terpaksa mengambil tindakan tersebut walaupun mengundang rasa tidak senang pihak produksi.
“Bukan buat hal tapi sebenarnya faktor kesihatan dan bukan perkara yang disengajakan. Seminggu sebelum rakaman itu dijadualkan saya sudah rasa tidak sedap badan.
“Pada mulanya saya yakin boleh buat program itu tapi sehari sebelum berlangsung saya sudah tidak bermaya. Saya diser4ng semput yang teruk.
“Sehinggakan apabila bangun tidur, saya tiba-tiba tidak boleh bernafas. Semput tu tak hilang. Saya memberitahu kondisi pada pengurus
.“Apabila rasa diri semakin lemah, tengah malam sehari sebelum program saya menghubungi pihak produksi,” jelasnya.
Tambah Ara lagi disebabkan COVID-19 yang melanda, doktor tidak menyarankan untuk mendapatkan rawatan dengan menggunakan mesin nebulizer.
“Pada hari yang sama juga saya terus berjumpa doktor. Selalunya bila saya dapatkan rawatan menggunakan nebulizer, keadaan akan kembali okay.
“Tapi disebabkan COVID-19, doktor tidak menggalakan saya menggunakan kaedah itu kerana dikhuatiri berisik0.
“Jadi disebabkan tidak menggunakan kaedah itu, semput saya juga agak mengambil masa untuk hilang.
“Saya sebenarnya rasa serba salah sebab saya betul-betul ingin menjayakan program itu, tapi saya sudah tidak ada tenaga langsung untuk teruskan.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya apa yang berlaku itu menyusahkan mereka,” katanya.
Sumber: Gempak, Ig @arajohari
Leave a Reply Cancel reply