Usahawan dan pengacara Neelofa mencvri perhatian wargamaya apabila memuat naik foto-foto bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika sesi penggambaran program bual bicara Next To Neelofa.
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto-foto tersebut untuk tatapan umum.
“Memikirkan perbualan kami ini buatkan saya teruja untuk anda semua saksikan. Satu lagi episod yang memberi inspirasi yang pastinya anda tak mahu lepaskan,” tulis Neelofa sebagai kapsyen. Lebih mencvit hati apabila aksi manja anak Tokti, Siti Aafiyah bersama Neelofa turut dirakam lensa kamera.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sudah tidak sabar menantikan episod dua wanita berjaya ini.
Selain Tokti, antara barisan VIP yang telah diundang khas untuk menjayakan penerbitan musim pertama termasuklah Datuk Hans Isaac, Datuk Rizalman Ibrahim, Puan Sri Tiara Jacquelina, Chryseis Tan dan Ella Aminuddin.
Jangan lupa saksikan Next To Neelofa setiap hari Khamis, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria HD (saluran 104) dan Astro Ria (saluran 124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.
Sumber: Gempak, Ig @neelofa
Leave a Reply Cancel reply