Hamil Anak Kedua, Scha Alyahya Dalam Fasa Benci Telefon

Pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah mendirikan rumah tangga pada 4 May 2012. Hasik perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Lara Alana yang kini berusia enam tahun.

Terbaharu, Scha mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua.


Kandungan Scha kini sudah memasuki usia empat bulan kehamilan,. Menurut Scha, dia akui kini berada dalam fasa tidak suka memegang telefon.

Scha mendedahkan perkara itu menerusi coretan terima kasih di ruangan Insta Story miliknya.


“Salam, terima kasih atas ucapan dan doa dari anda semua. Alhamdulillah, syukur.

“Maaf saya tidak memeriksa telefon atau memuat naik perkembangan terbaharu. Saya sangat bencikan telefon buat masa ini, saya benar-benar maksudkannya,” coret Scha.


Dalam pada itu, pelakon Dynas Mokhtar juga mengiyakan perkara itu menerusi posting terbaharu di Instagram.

“Yeay. InsyaAllah, ada gang nanti. Sorry aunty Scha, saya tahu awak tidak sukakan telefon atau pun mengambil gambar buat masa ini tetapi saya harus memuat naik foto ini. Selamat hari jadi sekai lagi Auncle Awal,” tulisnya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig @schaalyahya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*