Semua pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sanglang serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, Perlis akan menjani proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) secara atas talian bermula Isnin ini susulan penutupan kedua-dua sekolah itu, lapor Awani.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan memandangkan kesemua guru di sekolah terlibat terpaksa menjalani tempoh kuarantin wajib selama satu minggu.
Tegasnya, pihaknya telah menerima maklumat mengenai penetapan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis bagi dilaksanakan di kedua-dua buah sekolah terbabit.
“Tiada maklumat terbaru (kes di Perlis) cuma sekarang ni kita tengok sekolah la, khususnya dua sekolah dalam kawasan yang terlibat Sekolah Kebangsaan Sanglang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang,
“Sudah ada SOP yang dikeluarkan pihak jabatan pendidikan, yang mana guru-guru sekarang ini terpaksa dikuarantin untuk tujuh hari, dan kelas-kelas akan dibuat secara ‘online’, itu yang terbaru,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Seni Silat Negeri Perlis, di sebuah hotel di Kangar pada Sabtu.
Semalam, Azlan dalam satu sidang media mengesahkan terdapat 11 kes positif COVID-19 di negeri Perlis termasuk 10 kes baharu yang dicatatkan pada Jumaat.
Tambahnya, kesemua pesak1t termasuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun, seorang pelajar sekolah rendah dan seorang pelajar sekolah menengah merupakan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesak1t pertama daripada kluster berkenaan di Perlis.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply