Pelakon cantik Fasha Sandha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun telah berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan yang pertama itu, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.
Terbaharu, Fasha baru sahaja melahirkan anak perempuannya pada 7 Ogos 2020.
Kelahirannya kali ini merupakan anak pertamanya dan Aidil selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Tambahan lagi, Fasha turut memperkenalkan nama puterinya, Aisha pada Jumaat.
“Assalamualaikum, hari ini hari pertama Aisha ke dunia ni. Hari Jumaat, 7.8.2020.
“Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik buat Aisha, ibu dan seluruh keluarga,” coretnya
Entri tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata memuji kecomelan wajah anak perempuannya itu.
Peminat juga tidak boleh ‘move on’ menatap wajah Aisha yang cantik dengan hidung yang mancung persis ibunya.
Rakan-rakan selebriti juga turut memberikan ucapan tahniah kepada Fasha.
Sumber: Gempak, Ig @fashasandha
Leave a Reply Cancel reply