Tasha Shilla Gembira Suami Teman Pergi Kerja

Pelakon Tasha Shilla mengakui senang hati apabila suaminya, Muhammad Atiq Idris sering menemani pergi bekerja.

Kata Tasha, Atiq menggantikan ibunya yang sebelum ini merupakan individu yang setia akan mengikuti ke mana-mana.

“Bila saya berlakon, suami akan hantar dan jemput saya di set penggambaran. Sama juga kalau saya tak sibuk, saya akan menemani suami kerja.

“Kalau sebelum ini, ibu yang selalu menjadi peneman, tapi sekarang dia (ibu) dah dapat berehat dan meluangkan masa bersama cucu kerana tugasan itu diambil alih suami.


“Kadang-kadang, bila balik lewat malam pun saya dah tak risau sebab suami akan jemput di lokasi,” katanya kepada Gempak.

Tasha ditemui ketika majlis pelancaran stesen TV baru, Awesome TV yang diadakan di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama Tabir Zulaikha mengakui selepas berkahwin dia merasakan kehidupannya sudah lengkap.


“Kehidupan saya kini sebagai isteri penuh kebahagiaan. Apa yang boleh saya katakan, apabila melangkah ke fasa hidup baharu ini, kehidupan saya rasa seperti sudah lengkap,” katanya lagi.

Tasha dan Atiq berkahwin pada 28 Februari lalu di Masjid Wilayah Kuala Lumpur selepas dua bulan berkenalan.

 

Sumber: Gempak, Ig @tashashilla

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*