Daging K0rban Tak Boleh Disimpan Lebih 3 Hari, Ini Penjelasan Ustaz Syed Shahridzan

Seminggu lalu ibadah k0rban sempena Aidiladha sudah pun tamat dan agihan daging juga dilakukan kepada penduduk setempat dan fakir miskin.

Bagaimanapun timbul persoalan mengenai kaedah penyimpanan daging k0rban yang dikatakan tidak boleh disimpan lebih tiga hari.

Menjawab persoalan tersebut, pendakwah dan penulis, Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed memberi penerangan terperinci di laman sosial Facebook (FB)nya.

Ustaz Syed Shahridzan berkata, menurut mazhab Syafi’ie diharuskan menyimpan daging k0rban walaupun melebihi tiga hari asalkan daging itu tidak rosak atau busuk sehingga menyebabkan pembaziran.

Bagaimanapun katanya, penyimpanan daging k0rban lebih dari 3 hari pernah di1arang oleh Rasulullah SAW, namun 1arangan itu sudah dimansuhkan atau disebabkan situasi sudah berubah sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam kitab ‘Raudah al-Tolibin’:

 

“Boleh/harus seseorang menyimpan sebahagian dari daging k0rban. Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- pernah me1arang menyimpan (daging k0rban) lebih dari tiga hari kemudian Baginda mengizinkannya. Menurut majoriti ulama 1arangan ini bermakna h4ram, manakala menurut Abu Ali al-Tobari, kemungkinan 1arangan ini bermaksud makruh.”

Imam Nawawi menyebut kemungkinan sebab 1arangan tersebut di dalam rujukan yang sama:

“1arangan tersebut berjalan selama setahun kemudian dimansuhkan, atau 1arangan ini dikhususkan dengan sebab keadaan yang sempit pada tahun itu, tatkala luput keadaan itu maka tiada lagi penghar4man.”

Beliau menjelaskan lagi jika keadaan yang sempit atau susah berlaku pada zaman kini, adakah dihar4mkan kembali menyimpan daging k0rban lebih dari 3 hari? Beliau ada menjelaskan juga dalam ‘Raudah al-Tolibin’:

“Jika berlaku situasi sebegitu pada zaman kita atau negeri kita, adakah dihukvmkan dengannya(h4ram)? Pendapat yang tepat lagi diketahui, ia tidak dihar4mkan pada hari ini walau apa situasi sekali pun. Jika seseorang ingin menyimpan maka digalakkan menyimpan daging k0rban dari bahagian yang dimakan (sendiri dan keluarga), bukan bahagian sedekah dan hadiah.”

Kesimpulannya, Rasulullah SAW pernah me1arang daging k0rban disimpan lebih dari tiga hari, namun setelah itu Baginda mengizinkan kembali kerana hukvm itu sudah dimansuhkan atau situasi dan keadaan sudah berubah.

Dengan ini tiada masalah jika daging k0rban yang akan dimakan oleh sendiri dan keluarga boleh disimpan selama mana pun.

Namun tidak digalakkan daging k0rban yang ingin disedekahkan atau dihadiahkan disimpan dalam tempoh yang lama kerana ia sunat diagihkan secepat mungkin.

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*