“Kalau Nak Dibandingkan Dengan Rumah Kayu Di Felda Ni Macam Kotak Kasut” – Chef Wan

Ramai yang tahu betapa sayangnya Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan pada ibunya Che Ani. Dia sering saja berkongsi kisah bersama ibunya di Instagram miliknya itu.

Dalam dua entri berbeza, Chef Wan berkongsi kisah hidupnya semasa kecil ketika mereka tinggal di Felda Sg Koyan 2, Raub, Pahang. Chef Wan juga turut bercerita tentang pesanan arw4h ayahnya.

“Ini adalah gambar semua anak saudara saya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri satu ketika dulu. Boleh nampak tak anak saya Nadzri dan Serina?

“Kalau ikutkan, Nadzri paling tua daripada semua 24 orang anak saudara yang ada. Itulah betapa kecilnya rumah kami di Felda Sg Koyan 2, Raub, Pahang,” tulis Chef Wan.

Menurut Chef Wan, rumah kayu yang mereka duduki di Felda tersebut hanya mempunyai satu bilik dan diduduki oleh 9 orang mereka sekeluarga.

“Bila ayah saya pencen awal daripada TUDM, kami dah biasa tinggal dalam kuarters tentera yang ada satu bilik.

“Tapi kalau nak dibandingkan dengan rumah kayu di Felda ni macam kotak kasut. Masuk pintu depan nampak pintu belakang dah,” tulis Chef Wan.

Tambah Chef Wan, setiap malam mereka akan tidur di beralas di atas lantai kayu dan berhimpit seperti sardin sebelah menyebelah. Hanya ibu dan ayah mereka saja mempunyai katil di dalam bilik.

“Kami miskin dan tak ada banyak. Apa yang ada kami akan kongsi bersama walaupun hanya sekeping roti atau secawan nasi.

“Kami bekerja keras untuk membaiki hidup kami sehinggalah kami akhirnya dapat 13 ekar tanah kelapa sawit untuk membayar segala hvtang-hvtang kami,” tulis Chef Wan.

Menurut Chef Wan, apa yang berlaku di Felda adalah kesalahan pengurusan dan dia tak akan dapat memaafkan mereka yang melakukan kesalahan tersebut.

“Bertahun-tahun saya bekerja keras tanpa henti kerana percaya suatu hari nanti saya akan mempunyai kehidupan lebih baik demi menukar rumah di Sg Koyan dan menaik taraf kehidupan ayah dan ibu serta keluarga.

“Mungkin ada yang lebih itu untuk membantu saudara mara yang memerlukan dan memberikan keselesaan pada kedua orang tua saya sehinggalah hayat mereka. Saya tidak pernah berputus asa malahan saya terus berusaha menjadi diri saya seperti sekarang dengan mencari rezeki yang halal,” tulis Chef Wan.

Tambah Chef Wan lagi, kepada mereka yang tidak mengenali dirinya yang sebenar dan memilih untuk mengvtuk dan meng4ta dirinya ketika dia memberi mendapat yang jujur, tidak meninggalkan kesan kepadanya.

“Malahan cac1an mereka menjadi satu inspirasi untuk saya untuk membantu lebih baik dan hidup lebih gembira dengan apa yang saya lakukan buat keluarga, masyarakat dan negara.

“What doesnt kill us will always make us stronger!” tulisnya.

Dalam satu lagi entri dengan gambar yang sama, Chef Wan berkongsi pesanan yang sering diberikan oleh arw4h ayahnya.

” Hati kau ni ayah perhati kan memang baik tetapi mulut kena selalu berjaga jaga agar tidak menyak1ti hati orang. I know u mean well and always try to show good example to your siblings or friends.

“Tapi tak semua manusia sama hatinya, warna rambut atau pun sikap yang Allah jadikan. Yang baik di uji mau pun yang jenis deg1l serta kejahatan mereka masing-masing,” tulis Chef Wan tentang pesanan arw4h ayahnya.

Tulis Chef Wan lagi, daripada ujian hidup, kita akan dapat lihat pelbagai sifat manusia. Ada yang jenis menyomb0ng, tam4k, kedekvt, r1ak dan suka menunjuk-nunjuk atau suka bermuka muka.

“Ayah dah hidup lama dan masak dgn sikap-sikap manusia ini yg menjadikan perba1ahan sesama mereka sendiri. Itu sebab Ayah banyak berdiam Wan dari berkata kata.

“Ayah tahu wan jenis manusia yang rajin tetapi tak semua adik-adik engkau itu mempunyai sifat-sifat serupa. Janganlah paksa-paksa mereka untuk menjadi macam engkau. Lepas tu engkau kecewa,” tulis Chef Wan mengingati pesanan ayahnya.

Tambah Chef Wan lagi, ayahnya selalu mengingatkan bahawa jika dia rajin berusaha dia akan berjaya manakala yang malas dan akan susah untuk hidup dan hidup dengan cara mereka

“Engkau mesti bekerja keras dan capai kejayaan di atas, jadi engkau akan dapat membantu menukar hidup keluarga dan menjadi kebanggaan ayah dan emak. Bukan semua orang mendapat tempat tu Wan.

“Allah nak beri pun dia akan pilih manusia yang jujur, gigih berusaha dan sanggup berk0rban.
Rezeki kita pun masing-masing sudah Allah tentu kan. Cuma satu ayah nak ingat kan bila sudah berjaya jgn somb0ng dan lupa diri.

“Kita mesti layan semua manusia sama rata. Biarlah kita miskin harta tetapi kita kaya dengan budi dan bahasa. Ada rezeki lebih jagalah adik beradik, saudara mara kita dan jangan lupa selalu bersedekah kepada yg amat memerlukan. Ini semua Saham akhirat kita,” tulis Chef Wan lagi.

Arw4h ayahnya turun berpesan supaya Chef Wan menjaga emaknya sebaik mungkin sampai ke akhir hayat kerana peng0rbanan ibunya, dan tidak perlu begitu risaukan tentang dirinya.

“Begitu la pesan arw4h ayah ketika saya masih kecil. Dia dapat membaca saya seperti buku dan tahu di mana arah tujuan saya serta sifat-sifat saya sebagai seorang kanak-kanak dan apabila saya dewasa.

“Jaga mulut despite u mean well,” tulis Chef Wan mengakhiri tulisannya.


Sumber: Gempak, IG @_chefwan58

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*