“Saya Bertahan Demi Sesuap Nasi Anak Saya” – Ba1u Abam Jual Cempedak Goreng Sara Keluarga

Nor Hidayah dan Allahy4rham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan telah mendirikan rumah tangga mereka pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.


Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 13 bulan.

Allahyarham Abam telah men1nggal dun1a pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami dem4m.


Sejak kehilangan suami tercinta, Nor Hidayah giat menjalankan pelbagai jenis perniagaan untuk menampung kos perbelanjaan demi membesarkan anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 13 bulan.

Hidayah telah memulakan perniagaan membuat kuih pada April lalu sebelum mengembangkan bisnesnya dengan menjual cempedak dan durian goreng pada Julai.

“Alhamdulillah, berkat doa daripada semua, saya meniti satu persatu bisnes kecil-kecilan.


Nor Hidayah bersama adik iparnya berniaga cempedak dan durian goreng di Sabak Bernam, Selangor.

“Saya bermula dengan membuat kuih Kasih Chocolate, seterusnya kuih Titian Kasih koko dan sekarang cempedak goreng serta durian goreng.

“Saya memilih untuk buat bermacam-macam jenis bisnes sebab ini adalah salah satu punca rezeki saya sekeluarga dan tanpa semangat serta dorongan keluarga, saya tak sampai ke tahap ini untuk bertahan.

“Saya juga bertahan membuat bisnes kecil-kecilan demi sesuap nasi anak saya dan masa depannya,” katanya kepada mStar.

Bercerita tentang perniagaan, Nor Hidayah berkata keluarganya mula berjinak dalam bidang ini apabila bapanya mengeluarkan produk kesihatan pada tahun 2017.

Dia menceburkan diri dalam perniagaan selepas bisnes bapanya mendapat sambutan baik.

Tidak cukup dengan itu, Nor Hidayah mengimpikan untuk mengembangkan lagi pelbagai produk jualannya pada masa akan datang.

“Setakat ini, bermacam-macam jenis bisnes yang saya buat bersama keluarga. Ayah saya ada mengeluarkan produk kesihatan iaitu ZMier Herbs Daun Sukun serta Durian Viral Ayahanda Jali.


“Kakak saya pula ada mengeluarkan produk Roti Jala Coklat Marvelous dan Tepung Segera Roti Jala Coklat Marvelous.

“Saya ada mengeluarkan kuih Kasih Chocolate, kuih Titian Kasih Koko, cempedak goreng, durian goreng, jeruk rambutan dan Tempoyak Bonda. InsyaAllah, akan ada pembaharuan produk dari masa ke semasa.

“Saya masih ada banyak perancangan untuk pelbagaikan bisnes,” ujarnya.

 

 

Sumber: Mstar, Foto Ig @abam_bocik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*