Sharnaaz, Nabila Sah Berpisah, Ini Komen Neelofa Yang Ramai Tak Sangka

Semalam dikhabarkan bahawa kakak kepada pengacara terkenal Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dan pelakon, Sharnaaz Ahmad telah sah bercer4i secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai lalu.


Pasangan itu berkahwin di Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Jebat yang bakal menginjak usia dua tahun, bulan depan.


Neelofa kagum dengan sikap profesional kakaknya,  dan bekas abang iparnya itu dalam berdepan percer4ian dan membesarkan putera tersayang.

Neelofa berkata, sikap mereka wajar menjadi contoh kepada pasangan yang mengalami situasi sama.


“Tiada banyak yang saya mahu komen mengenai percer4ian mereka. Tetapi apa yang boleh saya kongsi, saya kagum hubungan Sharnaaz dan Nabila kerana biarpun sudah bercer4i, mereka sangat profesional.

“Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah,” katanya kepada BH Online.

Tambah Neelofa, dia sangat menghormati Sharnaaz apabila pelakon itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak saudaranya, Jebat Jayden dengan sangat baik biarpun tidak tinggal sebumbung.


“Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari.


“Jujurnya saya sangat hormati Sharnaaz kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sangat bagus.

“Itulah satu perkara positif yang orang ramai kena tahu. Saya harap orang di luar sana yang mengalami keadaan yang sama, dapat menjadikan mereka sebagai contoh. Mereka boleh buat, mengapa tidak orang lain,” katanya.

Neelofa turut mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Sharnaaz.

“Saya mendoakan Nabila dan Sharnaaz masing-masing dapat bertemu pasangan yang sesuai dan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

 

Sumber : BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*