Terdapat seorang kakitangan positif Covid-19 melibatkan Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sarawak. Oleh hal yang demikian pejabat tersebut diarah ditutup sehingga 2 Ogos.
Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata, penutupan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
Tambah beliau lagi, semua kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan rakan setugas yang dijangk1ti virus itu, diarahkan untuk menjalani ujian swab.
Mereka juga diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
“Operasi pejabat SPR negeri akan ditutup sehingga berakhir tempoh kuarantin.
“Ini kerana tidak akan ada kakitangan yang bertugas sepanjang tempoh kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ikmalrudin berkata, premis pejabat dan kawasan sekitarnya telah dibersihkan dan disinfeksi untuk mencegah penu1aran wab4k Covid-19.
Sebarang urusan dan pertanyaan seperti pendaftaran pemilih, pemeriksaan daftar pemilih boleh dilakukan melalui saluran ini: spr dan pengundi spr , aplikasi Daftar MySPR, aplikasi MySPR Semak, hotline SPR di talian 03-8892 7018 atau SMS ke 15888. – The Star
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply