Pelakon, Elfira Loy kini dilihat semakin bahagia menjadi seorang ibu kepada anak sulungnya yang diberi nama, Muhamad Rayyan Khalaf. Anak Elfira sering menjadi perhatian ramai terutama menerusi laman Instagram peribadinya.
Terbaharu, Elfira telah berkongsi ‘drama’ anaknya ketika disvntik oleh seorang doktor dimana anaknya kini sudah berusia 9 bulan.
Video anaknya itu telah mencur1 perhatian ramai. Anak Elfira itu menangis selepas disuntik namun ia tidak lama.
Walaupun selepas dipujuk dengan mainan oleh ayahnya tidak membuatkan ia berhenti menangis tetapi diakhirnya membuatkan netizen tertarik.
Ini kerana, si cilik comel itu terus berhenti menangis selepas diberikan kalkulator dimana netizen membuat andaian bahawa anak Elfira seorang yang pandai dalam bidang perniagaan.
Dalam pada itu, diruangan komen juga dihujani reaksi-reaksi daripada rakan selebriti yang ‘cair’ melihat kecomelan anak Elfira.
Sumber: Gempak, Ig @ elfiraloy
Leave a Reply Cancel reply