Sejak akhir-akhir ini, kita sentiasa dikhabarkan dengan berita yang mendukacitkan iaitu kehilangan yang tersayang di usia muda dengan mengejut disebabkan oleh ser4ngan jantung. Di Malaysia, penyak1t jantung kekal sebagai punca utama kemat1an dalam kalangan orang dewasa. Kolesterol tinggi, iaitu faktor risik0 utama penyak1t jantung, menjejaskan 8 juta atau 40% orang dewasa di Malaysia.
Dengan peranan, harapan dan tuntutan terhadap ibu bapa yang kian mencabar serta gaya hidup yang serba pantas, tidak hairanlah golongan ibu bapa berhadapan dengan risik0 kolesterol tinggi yang semakin meningkat.
“Pilihan gaya hidup yang tidak sihat sudah menjadi norma ibu bapa muda generasi baharu. Tabiat makan yang tidak sihat, peningkatan tahap stres, gaya hidup sedentari, dan mer0kok, sebahagian besarnya disebabkan oleh jadual kerja yang sibuk mendedahkan ibu bapa muda kepada risik0 kolesterol tinggi dan penyak1t kr0nik tidak berjangk1t (NCD).
“Kr0nik merupakan kata kunci di sini yang bermaksud masalah ini merupakan hasil faktor risik0 yang terkumpul bertahun-tahun lamanya,” kata Dr Beni Rusani, perunding kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut Dr Beni, penyak1t jantung lazimnya dikesan dalam kumpulan usia 50-60 tahun. Namun begitu, NCD bukan penyak1t yang berlaku dalam masa sehari, malah ianya berpunca akibat tabiat buruk yang berlarutan selama kira-kira 20 tahun.
Lebih membimbangkan lagi, pesak1t jantung di Malaysia adalah yang termuda berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara.
“Ibu bapa kini mempunyai lebih banyak sebab untuk mengambil berat tentang kesihatan jantung dan kolesterol tinggi sejak awal lagi. Bagi memer4ngi kolesterol tinggi, sememangnya mencegah adalah lebih baik daripada mengvbati.
“Malahan, cara ini sebenarnya lebih murah. Oleh sebab kolesterol tinggi merupakan kesan tabiat buruk jangka panjang, semakin lama diabaikan, semakin sukar untuk dirawat. Ini pula akan menyebabkan kos vbat-vbatan dan rawatan melambung,” kata Dr Beni lagi.
Mungkin ramai yang mengeluh, pencegahan lebih mudah dikatakan daripada dilakukan. Jika ibu bapa sukar untuk mendapatkan motivasi, lakukanlah demi anak-anak mereka. Ini adalah kerana kanak-kanak cenderung untuk meniru tingkah laku ibu bapa mereka.
Dalam erti kata lain, ibu bapa harus menunjukkan teladan yang lebih baik seperti mengamalkan diet yang seimbang dan bersenam secara konsisten supaya menjadi ikutan anak-anak mereka. Dengan cara ini, kita dapat memutuskan kitaran negatif di mana mereka mengulangi tabiat buruk ibu bapa mereka, bahkan sebelum mereka menempuh alam dewasa.
“Perkara ini tidak lebih daripada common sense dan keupayaan membuat keputusan secara bertanggungjawab. Dalam erti kata lain, sifat-sifat keibubapaan yang baik,” kata Dr Beni lagi.
Setiap langkah, walau sekecil mana sekalipun yang diambil adalah penting, dan ibu bapa harus mula mengubah gaya hidup mereka dan mengamalkan rutin penjagaan kesihatan jantung mereka sekarang, demi menuju kehidupan yang bermakna dengan orang yang tersayang.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply