“Dah Bermaafan & Tidak Berdend4m” – Sharnaaz & Nabila Berpisah Cara Baik

Pelakon Sharnaaz  Ahmad dan kakak kepada pengacara, Neelofa iaitu Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun bulan Ogos ini.


Namun perkahwinan mereka dikatakan telah goyah apabila september tahun lalu, Nabila memfailkan percer4ian terhadap Sharnaaz. Namun begitu, Sharnaaz telah menolak permohonan cer4i tersebut.

Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes tersebut.

Sharnaaz kemudiannya memfailkan permohOnan nusyvz terhadap isterinya namun pasangan itu dilihat berbaik-baik semula baru-baru ini.


Terbaharu, Shaarnaz mengesahkan dia sudah bercer4i dengan kakak kepada pengacara, Neelofa iaitu Noor Nabila secara hakam pada 9 Julai lalu.

Menurut Sharnaaz, dia tidak berdend4m malah mereka sepakat memilih untuk mengikut haluan masing-masing dengan cara baik.

“Ya memang saya dan Nabila dah pun berpisah secara hakam pada 9 Julai lalu. Tetapi alhamdulillah saya dan Nabila tak ada masalah. Kami berkawan cara baik, berpisah pun cara baik.

“Kami pun dah bermaafan. Jodoh itu semua rahsia Allah. Saya tidak berdend4m, sama juga di pihak Nabila. Ini semua ketentuan Allah, tidak ada yang kahwin nak berpisah.

“Kita manusia tapi Allah merancang. Mungkin saya bukan suami terbaik dan bagus tapi satu ja saya akan menjadi seorang bapa yang baik pada anak saya, Jebat Jayden,” katanya menerusi Instagram TV.


Tambah Shaarnaz lagi itu, apa yang penting sekarang adalah untuk membesarkan anak lelaki mereka bersama.

“Keutamaan saya dan Nabila sama iaitu untuk membesarkan dan memberi yang terbaik pada Jebat. Saya takkan pernah bagi Jebat rasa kehilangan bapa.

“Walau sibuk atau sak1t macam mana pun saya akan cuba untuk bertemu dengan Jebat di rumah Nabila. Dah bertahun kami hidup macam ni, lebih elok berpisah dan mencari jalan masing-masing untuk kebaikan bersama.

“Yang penting takda gadvh. Alhamdulillah saya dapat perlepasan daripada Nabila untuk berjumpa dengan Jebat bila-bila masa sahaja. Insya-Allah saya akan ada untuk Jebat sampai hujung ny4wa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sharnaaz menyatakan dia tidak ingin memikirkan soal pengganti buat masa sekarang.
IKLAN

“Jangan tanya saya bila nak ada pengganti. Saya tak nak fikir pasal tu yang penting saya ada anak saya. Dah cukup,” kata Sharnaaz.

Pendedahan Shaarnaz itu telah medapat perhatian daripada pengikutnya.

Sumber: Gempak, Ig @sharnaazahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*