Bersolek Ketika Pam Susu, Izara Aishah Dedah Perkara Sebenar

Pelakon Izara Aishah telah mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid pada 17 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka baru sahaja menimang cahaya mata pada 15 April lalu.


Baru-baru ini, tu1ar foto Izara dilihat bersolek cantik ketika sedang mengepam susu disamping bayinya, Irisa Alaia.

Foto tersebut dimuat naik sendiri Izara ke akaun Instagram miliknya.


Foto itu telah mencur1 perhatian ramai warganet dimana rata-rata mereka memuji dan kagum dengan pelakon itu meskipun sudah bergelar ibu namun tetap memunyai masa untuk bersolek dan cantik di rumah.

Malah, foto itu menjadi tu1ar di laman Facebook apabila ada seorang netizen berpendapat Izara beruntung kerana mempunyai suami yang berada dan boleh memberi kesenangan dan keselesaan buatnya sehingga sempat bersolek meskipun mempunyai anak kecil.

Bagaimanapun, Izara tampil membalas komen seorang pengikut Instagram yang memujinya cantik meskipun berada di rumah.

“Cantiknya walapun awak di rumah,” komennya

Izara membalas, “Taklah, dalam media sosial je”.

Namun, seorang lagi pengikutnya mendedahkan status Izara di Twitter yang memberitahu sebenarnya dia bersolek kerana mahu melakukan IG Live namun tiba-tiba tidak jadi.

“Make up untuk buat live di Instagram, tiba-tiba malas” tulis Izara.

 

Sumber: Gempak, Ig @izaraaishahofficial

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*