Sambutan ulang tahun kelahiran Nonny Nadirah pada tahun ini lebih bermakna apabila kekasih hati yang juga pelakon Niezam Zaidi mengadakan kunjungan istimewa ke rumah untuk bertemu ibunya.
Menerusi laman Instagram, Niezam berkongsi foto pertemuan tersebut dan memohon peminat mendoakan yang terbaik dalam perhubungan mereka.
“Alhamdulillah sudah jumpa mama (ibu Nonny). Doakan yang baik-baik,” katanya.
Selain ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-31 kekasihnya itu, Niezam turut memberitahu sedang merancang untuk meneruskan perhubungan ke fasa perkahwinan.
“Selamat hari jadi Nonny Nadirah, semoga Allah merahmati awak serta keluarga dan berjaya dunia akhirat!
“Terima kasih untuk segalanya, InsyaAllah next step ahead… senyum selalu okay!,” ujarnya.
Sementara itu, rata-rata pengikut mendoakan supaya pasangan ini segera mendirikan rumah tangga.
Sumber: Ig (@niezamzaidi
Leave a Reply Cancel reply