Bawa Bayi Keluar, Isteri Tomok Kongsi Tip Hidup Dalam Norma Baharu

Penyanyi Tomok dan Ayu Abas telah mendirikan rumah tangga mereka pada 2 Julai 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.

Isteri kepada Tomok, iatu Ayu baru sahaja selesai berpantang 44 hari telah keluar demi meneruskan kehidupan dengan norma baharu.

&nbs

Menurut Ayu, dek kerana bimbang lebih-lebih lagi perlu membawa bayinya Siti Khadijah yang berusia sebulan keluar, dia pun berkongsi beberapa tip penjagaan dan keselamatan yang boleh diambil.

“Setelah sekian lama tak keluar. Walaupun k3s jangk1tan Covid-19 dah berkurang, tapi kita jangan terlalu selesa.

“Selalulah amalkan kebersihan diri, saya pun risau bawa keluar anak kecil. Tapi kita harus live with this virus with new norma.

“Bawa pelapik sendiri jika nak tukar lampin, selalu basuh tangan, sanitize tangan anak-anak, pakai mask, social distance dan lepas balik dari keluar terus mandi. Tapi jika anak-anak tak sihat just stay at home.

“Satu perkara lagi, bawalah telekung dan sejadah travel sendiri. We have to take care our self dan family. Kita jaga kita dan patuhi SOP, insyaAllah everything will be fine,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikan Ayu menerusi instagram miliknya.

Sumber: Gempak, Ig @ ayu_abas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*