Pasti ramai di antara kita yang mempunyai memori bermain dalam hujan sehingga dim4rahi ibu bapa kerana kononnya mandi hujan boleh menyebabkan dem4m dan se1esema.
Malah ada juga kepercayaan bahawa air hujan yang turun buat pertama kali selepas kemarau panjang mengandungi kuman yang boleh menyebabkan pelbagai peny4kit.
Tapi betul ke? Pandangan ini mungkin ada benarnya kerana ada juga orang yang terkena hujan akan mengalami dem4m, s4kit kepala dan selesema.
Bagaimanapun, ketika badan kita terkena air hujan yang sejuk, tubuh akan mengeluarkan tenaga secara berlebihan bagi menyeimbangi perubahan suhu yang turun secara drastik.
Akibatnya, daya tubuh badan akan menurun dan lebih mudah mendapat peny4kit.
Jadi, boleh dikatakan hujan tidak akan menyebabkan kita s4kit sekiranya daya tubuh kita dalam keadaan baik.
Orang yang cenderung s4kit kerana terkena air hujan mungkin disebabkan ketika itu dia berada dalam kelompok orang ramai seperti berlindung di perhentian bas.
V1rus lebih cenderung untuk berkembang dalam cuaca sejuk dan di tempat yang dipenuhi orang ramai serta menu1ar dengan lebih cepat.
Pada musim hujan, adalah disarankan untuk kita lebih berhati-hati dan menjaga kesihatan termasuklah mengamalkan beberapa perkara ini;
1. Jauhi lopak, air kotor
Ketika hujan, pasti banyak tempat air akan bertakung termasuk di longkang atau lubang di tepi jalan. Sebaik-baiknya jauhi kawasan-kawasan ini dan tidak terkena percikan airnya yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.
Selain payung, pakai baju hujan bukan sahaja untuk melindungi diri daripada air hujan tetapi air kotor yang bertakung sekiranya terpijak.
2. Ganti pakaian
Jika terkena hujan segera ganti dengan pakaian baharu selain elakkan pakaian tebal seperti seluar denim yang ketat. Ini kerana jika seluar terkena air hujan, kuman lebih senang membiak dalam keadaan lembap dan panas.
3. Kerap cuci tangan
Umumnya tangan kita akan menyentuh 1,000 benda dalam sehari tanpa disedari tambahan pula dengan penu1aran wab4k Covid-19 ketika ini.
Seperti kita tahu, kerap mencuci tangan menggunakan sabun kerana pada musim hujan kuman dan bakteria lebih senang melekat dan tersebar.
4. Pakai topeng muka
Bukan sahaja untuk mengelak penu1aran koronavirus, pemakaian topeng muka juga penting terutamanya ketika cuaca hujan memandangkan kuman lebih mudah tersebar dalam cuaca dingin dan lembap.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply