Kurangkan Risik0 Jangkitan Covid-19, Kapasiti Bas Sekolah Diteliti Selepas 2 Minggu Sekolah Dibuka – Ismail Sabri

KERAJAAN akan meneliti semula muatan kapasiti murid dalam bas sekolah untuk tempoh dua minggu selepas sekolah kembali dibuka susulan wujud kebimbangan ibu bapa mengenai 1su penjarakkan sosial.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan cuba mengurangkan risik0 jangk1tan dan mahu amalan penjarakkan sosial dilakukan di setiap tempat.

“Apabila mereka berada dalam bas kita tahu siapa sebenarnya menggunakan kemudahan itu, sama juga seperti kita masuk ke mana-mana premis perniagaan, kita kena tulis nama dan nombor telefon.

“Jika ada perkara berkaitan positif Covid-19 kita boleh mengesan mereka kerana pelajar-pelajar dalam bas adalah pelajar sama,” katanya pada sidang media di Parimen, petang Selasa.

Justeru beliau berkata, sekiranya timbul kes positif Covid-19, pelajar terbabit dapat dikesan dan akan dibawa ke hospital untuk rawatan.

“Apabila mereka sudah berada bersama-sama berminggu-minggu misalnya, jadi tidak ada 1su positif Covid-19 lagi.

“Tapi kita akan lihat, selepas dua minggu misalnya jika tak ada 1su berkaitan positif Covid-19, jadi tak timbul 1su berkaitan jangk1tan dan sebagainya.

“Kita pun tahu siapa dalam bas tersebut dan kalau ada kes berkaitan kita terus bawa mereka untuk dirawat di hospital,” kataya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut memberi am4ran keras kepada premis perniagaan yang tidak menyediakan cecair pembasmi kuman atau hand sanitizer kepada pengunjung.

“Prosedur operasi standard (SOP) kerajaan mesti mengisi nama dan nombor telefon untuk dikesan jika timbul 1su positif Covid-19. Saringan suhu badan juga mesti dibuat.

“Mereka juga perlu menyediakan hand sanitizer. Kalau tak mereka gagal patuhi SOP ditetapkan dan kegagalan itu boleh menyebabkan mereka dikompaun,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata premis perniagaan tersebut mungkin berdepan risik0 ditutup.

“Kita juga boleh menutup premis perniagaan tersebut. Jadi saya rasa janganlah sayang nak untung sampai tidak patuhi SOP ditetapkan.

“Ini kerana risik0 kompaun RM1,000 dan premis ditutup lebih merugikan. Jadi saya harap beri kerjasama untuk memastikan keselamatan pengunjung dan pekerja mereka,” katanya.

 

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*