Lima Tahun Berkahwin, Suami Abby Abadi Akui Gagal Jadi Yang Terbaik

Pelakon Abby Abadi dan Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak, Muhmammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun men1nggal dun1a selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, mereka mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.


Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5 pada Ogos depan, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Jai meluahkan rasa cinta terhadap isterinya di laman Instagram.

Jai berkata biarpun dia masih gagal menjadi seorang suami yang terbaik namun Abby sentiasa memberikan kasih sayang kepadanya tanpa jemu.

“Lima tahun kita membina mahligai ini sayang. Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama lima tahun ini la aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan padaku.


“Kasi sayang yang tak pernah luntur. Sayang, lima tahun… maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. Diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan. Maaf ya sayang.

“Namun, kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayangmu sentiasa menebal dalam dirimu. Kesabaranmu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa keluhan. Kau tabah hadapi segalanya.

“Walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak menudarkan kasih sayangmu pada diri ini. Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu,” katanya.

“Aku menangis bila fikirkan diri ini yang serba kekurangan tapi kau masih menyayangi diri ini sepenuh hatimu… tidak ada sebarang keluhan dari mu. Kau tetap tersenyum manis,” tulis Jai.

Perkara tersebut dluahkan Jai menerusi laman instagram miliknya.

Pekongsiannya itu telah mendapat perhatian pengikutnya. Rata-rata mereka mendoakan mereka berdua sentiasa dilindungi Allah dan kekal bahagia hingga ke Jannah.

 

Sumber: Mstar, Ig @jaiezzany

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*