“Saya Kaut Naj1s Manusia Untuk…”- Fazley Yaakob Dedah Sesuatu Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu

Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pencuci tandas ketika menyambung pengajian dia luar negara satu masa dahulu.

Menurut Fazley pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila terpaksa mengaut naj1s dan mvntah dari lantai tandas.


“Pemilik atau Chef restoran mop lantai?! Why not?!

“Hari ini restaurant jenama kedua saya @minangtapau dibuka di tapak yang lebih luas di Bukit Damansara. Memang agak sibuk kami semua menyediakan menu, susun kerusi meja, bersihkan lantai dan malahan mencuci tandas.

“Mungkin ramai tak tahu, sebelum-sebelum ni, antara kerja-kerja yang saya pernah buat: Mencuci tandas di luar negara sampai terpaksa kaut mvntah dan naj1s manusia di atas lantai untuk dimasukkan ke lubang tandas (semasa bergelar pelajar universiti).


“Selain itu, menjadi mascot pakaian arnab sambil jual coffee (sampai kena lvdah di muka dengan kahak hijau), menjual pucuk-pucuk muda dan daun-daun herba di pasar malam dan juga menjadi Pam Attendan stesen minyak,” katanya.

Oleh hal yang demikian, Fazley memberitahu kerja-kerja mengemas dan mop lantai tidak menjadi masalah baginya meskipun sudah memiliki dua buah restoran.

“Jadi apabila menjadi pemilik restoran, apalah sangat kerja-kerja mop lantai, mengemas meja, mencuci pinggan, dan juga mencuci tandas,” katanya lagi.

Perkara tersebut dikongsikan Fazley menerusi laman Instagram miliknya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian daripada pengikutnya. Rata-rata mereka turut berkongsi pengalaman bekerja di kedai makan.

 

Sumber: Gempak, Ig @fazleyyaakob

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*