“Hi Mak Orang, Saya Tengah Masak Untuk Anak Kita 3 Orang Ni. Jangan Lupa Diri Sangat Ya..” – Boss Ned

Nedim Nazri atau lebih mesra dipanggil Boss Ned sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Mohamed Nedrin, manakala hasil perkahwinan Nora Danish sebelum ini, dia mempunyai seorang anak lelaki, Putera Rayqal.


Manakala hasil perkahwinan mereka berdua pula mendapat seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim

Boss Ned dan Nora Danish sememangnya sentiasa bergurau senda di media sosial milik mereka.

Dalam satu entri di Instagram milik Nora, Nedim sempat mengvsik perihal gambar isterinya yang sedang bergaya dengan menulis sesuatu yang menghiburkan di ruangan komen.


“Hi Mak orang, hmmm saya tengah masak ni untuk anak kita 3 orang ni. Jangan lupa diri sangat ya, ingat sikit awak tu mak orang. Sekian,” tulis Nedim berseloroh.

Komen tersebut ternyata menghiburkan sehingga mendapat lebih 1,300 tanda suka dan juga beratus-ratus komen yang turut membalas komen Nedim tersebut.


Pelakon Polis Evo, Nora Danish turut menjawap komen Nedim dan mendapat beratus tanda suka daripada peminat.

“Takkan lupa sayang, selalu dalam ingatan dan hati sanubari,” tulis Nora dengan beberapa emoticon cinta.

 

 

Sumber: Gempak,  Ig @noradanish

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*