Lepas Trimester Pertama, Suami Mawar Rashid Kongsi Sesuatu Di Instagram

Terdahulu, Pelakon Mawar Rashid telah berkongsi berita mengenai kehamilan keduanya.


Mawar telah mendirikan rumah tangganya bersama Raf pada 9 November 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun.

Manakal Raf pula pernah berkahiwin sebelum ini. Hasil perkahwinannya yang lalu, Raf mempunyai dua orang anak iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5.


Terbaharu, Mawar mendedahkan dia bakal mengetahui jantina anak keduanya dalam masa terdekat.

Menurut suaminya, Raf Yaakob, Mawar kini sudah melepasi fasa trimester pertama.

“Alhamdulillah, fasa trimester pertama sudah pun habis. Segala mua1, pen1ng, mvntah-mvntah dah beransur hilang.

“Insya-Allah lagi satu ke dua minggu dah boleh tahu bayi lelaki atau perempuan,” kongsinya.

Dalam entri tersebut Raf turut memuat naik sekeping foto yang memaparkan penampilan terbaharu Mawar dengan ‘baby bump’ ketika sedang bercuti di Pulau Perhentian.

“Subhanallah, cantik sungguh pemandangan. Seindah cinta yang telah #MawaRaf semai selama 1260 hari, 30,240 jam, 1,814,400 minit dan 108,864,000 saat sejak Januari 2017,” tulisnya.

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai komen daripada pengikut instagramnya. Rata-rata cuba meneka jantina anak kedua mereka.

Sumber: Gempak, Ig @rafyaakob

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*