Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi Oki telah mendirikan rumah tangga bersama Ory Vitrio pada tahun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Terbaharu, Oki mengumumkan dia kini hamil anak keempat. Berita tersebut dikongsikan Oki menerusi laman instagram miliknya.
Menurut Oki, usia kandungannya kini sudah memasuki lima bulan dan dijangka bakal menyambut cahaya matanya itu pada Oktober atau November ini.
“Ini (foto imbasan bayi) adik Ibrahim, Khadeejah dan Maryam…
“Bulan lalu masuk 17 minggu, sekarang sudah 5 bulan. Insya-Allah akhir Oktober atau awal November lahir,” katanya.
Menerusi entri tersebut, dia berkongsi foto imbasan bayi keempatnya yang kini masih dalam kandungan.
Dalam kemas kini yang sama, Oki sempat bertanyakan pendapat pengikutnya untuk mengusulkan nama yang sesuai untuk bayinya itu.
“Nak kasi nama apa ya sahabat? ada usul nama untuk adik ibrahim?
“Sekarang sudah ada 7 Abdullah (Hamba Allah) dikeluarga kami,” beritahunya.
Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang cuba mengusul dan memberi idea untuk nama anaknya itu.
Sumber: Gempak, Ig @okisetianadewi
Leave a Reply Cancel reply