Cov1d-19: KKM Kesan kluster Baharu ‘Novgorod’

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster baharu koronav1rus (c0v1d-19) iaitu Kluster Novgorod melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari Rusia, awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga yang dikesan positif c0v1d-19 hasil saringan kontak rapat kepada kes kedua.

“Kes pertama kluster ini merupakan seorang rakyat tempatan iaitu kes ke-8,673 yang pulang dari Rusia pada 5 Julai yang didapati positif dalam saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar ke h0sp1tal Sungai Buloh,” katanya.

Menurutnya, kes kedua (kes ke- 8,718) kluster ini merupakan rakan kepada kes pertama yang menaiki pesawat sama.

“Saringan di KLIA mendapati pes4kit ini negatif namun mula menunjukkan gejala dem4m dan berkaitan saluran pernafasan dua hari kemudian. Dia kemudian disahkan positif c0v1d-19 selepas ujian saringan kedua dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, kes ketiga kluster itu merupakan bapa kepada kes kedua yang turut menunjukkan gejala j4ngk1tan.

“Semasa ketibaannya, pes4kit kes kedua dijemput oleh empat ahli keluarganya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga hari ini 14 kontak rapat dikenalpasti.

“Kesemua mereka telah disaring dan disahkan negatif c0v1d-19,” katanya.

Tambah beliau, siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat dijalankan KKM secara aktif.

 

 

Sumber : Sinar via Soya Lemon

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*