Negeri Sarawak sememangnya terkenal dengan habitat dan alam semulajadi yang sentiasa terpelihara.
Salah satu kawasan yang masih ‘rare’ dan masih kurang mendapat perhatian ramai adalah Bengoh Range yang terletak di Padawan, sebuah kawasan hutan yang menempatkan gunung-ganang, tasik dan air terjun yang cantik.
Menerusi laman sosial Facebook, seorang gadis yang dikenali sebagai Aizaharwani telah berkongsi pengalaman dan foto-foto yang menakjubkan apabila berkungjung ke Bengoh Range.
“Pengembaraan hari ini, saya menemui permata tersembunyi Bengoh Range di Padawan Sarawak. Ia memerlukan pendakian selama kira-kira 4 jam.
“Saya pergi ke empat air terjun iaitu Curtain, Koring, Pe’an dan Susung. Pemandangannya sangat menakjubkan dan tidak disentuh oleh tangan manusia umpama adegan daripada filem Jurassic World,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian foto itu lagi, terlihat beberapa kawasan tasik, air terjun dan salur akar yang sangat cantik, mirip seperti yang digambarkan dalam filem Hollywood.
“Daripada semua tempat yang saya kunjungi hari ini, pemandangan paling eksotik dan kemuncak kepada pendakian hari ini adalah pemandangan dari Kampung Sting, di mana anda dapat melihat 180° pemandangan dari Empangan Bengoh & Banjaran Bengoh.
“Pemandangan dari atas selalu menjadikan pendakian berbaloi,” jelasnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sangat terpukau dengan keindahan yang terpelihara di negeri Bumi Kenyalang ini.
“Subhanallah. Masih ada tempat terpelihara macam ni,” komen seorang wargamaya.
“Ya Allah cantik sungguh keindahan alam!” puji seorang wargamaya.
“Sumpah cantik. Macam luar ngaraaa owwww.. Mau pergilah nanti,” kata seorang wargamaya.
“Nang bestnya tempat ni. First time saya nampak terus jatuh cinta,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, pengalaman gadis itu telah menerima hampir 1,500 perkongsian di laman Facebook.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply