“Rahim Tu Macam Span Ke, Siapa Ajar?” – Dr. Amalina Betulkan Mit0s Rahim Kembang Lepas Minum Air Sejuk

Pelatih pakar bed4h warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri menemp3lak pemahaman segelintir individu bahawa meminum air sejuk boleh menyebabkan rahim kembang.


Jelas Amalina, ais bukan menjadi punca hingga menyebabkan ‘rahim kembang’ ketika berpantang.

“Saya nak tanya, siapa yang ajar urat jadi kembang, rahim jadi kembang lepas minum air sejuk ni.

“Rahim tu macam span kah boleh serap air senang-senang? Berleluasa sangat dah ajaran ni… par4h. Oh my biology!

“Apa yang anda makan dan minum akan masuk ke sistem pencernaan, bukan ke rahim.

“Apa yang anda makan dan minum akan diproses di dalam sistem pencernaan sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai air kencing atau najis.

“Suhu sejuk pula menyebabkan salur dar4h constrict bukan kembang.

“Itu sebab anda suka minum air manis. Makan dan minum banyak makanan manis, berboba-boba, lepas tu jadi “kembang”, hang salahkan ais?” kata Amalina.

Amalina tampil menjawab kenyataan pengguna media sosial yang mengaitkan keadaan rahim kembang apabila minum air sejuk terlalu banyak.

Justeru, nasihat Amalina agar memilih cara berpantang yang bersesuaian dan mengelakkan perkara yang memudaratkan.

“Apa-apa pun, buatlah yang terbaik untuk diri sendiri dan bayi.


“Boleh buat pantang mana yg sesuai, tinggalkan mana yang mvdarat.

“Tetapi, pemahaman mesti betul. Saya mahu membetulkan pemahaman sahaja supaya orang kita mengetahui fakta yang sebenar supaya tidak mudah dit1pu dan dimanipulasi,” tambahnya.

Penerangan Amalina itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan berkongsi kisah masing-masing.

 

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*