Sudah Bertunang, Kak Girl Dan Bakal Suami Rancang Kahwin Tidak Lama Lagi

Terdahulu, Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 di Johor Bahru.

Namun jodoh mereka tidak berpanjangan. Mereka disahkan bercer4i pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor.

Terbaharu, Kak Girl yang juga merupakan seorang personaliti media sosial dan pelakon mendedahkan dirinya telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati yang dikenali sebagai Osman Ali.


Menurut Kak Girl, dia dan Osman yang lebih mesra disapa sebagai Maman memilih tarikh 28 Jun lalu sebagai tarikh bertunang.

“Sebenarnya perkara ni kejutan sebab perancangan asal kami adalah untuk merisik sahaja. Jadi bila dia dan keluarga datang membawa dua cincin, perbincangan pun berlangsung, dia cadang apa kata majlis merisik ni kita bertunang terus.

“Kalau ikutkan majlis merisik sahaja sebab saya pun takde buat majlis dan hanya memakai kebaya yang ringkas sahaja, tiba-tiba jadi majlis bertunang terus,” kata Kak Girl ketika dihubungi Gempak.

Menurutnya lagi, Maman yang juga duda anak dua merupakan abang kepada kawan baiknya dah dia telah menyimpan perasaan suka pada jejaka tersebut ketika berusia 14 tahun.


“Adik dia nama Fadilah dan memang kami sekelas masa sekolah. Kami pun kawan baik dan saya selalu pergi rumah dia yang tidak jauh dari rumah saya. Rupanya, jodoh tu depan mata sahaja, tak sangka boleh bertunang dengan jiran,” jelasnya.

Tambah Kak Girl, sikap kelakar, ‘easy going’, penyayang dan humble merupakan antara ciri-ciri dia terpikat pada keperibadian Maman.

“Untuk perancangan perkahwinan, sebenarnya kami memilih tarikh 9 Januari 2021 iaitu pada hari jadi saya tetapi keluarga tunang kalau boleh mahu kami percepatkan.

“Sekarang saya sibuk dengan penggambaran dan semuanya akan selesai pada bulan September ini. Jadi insya-Allah lepas bulan 9 tu kita tengok kalau semuanya cukup, kita terus jalan,” katanya lagi.

Perkongsian Kak Girl itu telah mencur1 perhatian pengikutnya.

Sumber: Gempak, Ig

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*