“Kalau Ikhlas Memberi Tak Perlu Nak Paksa….” – Nadya Syahera Rimas Dengan Sikap Peniaga

Sebelum ini, pelakon Uqasha Senrose pernah mengalami situasi dimana dia sering digesa untuk buat review makanan.

Kali ini, pelakon Nadya Syahera turut mengalami apa yang dilalui Uqasha sebelum ini. Nadya meluahkan rasa tidak berpvas hati dengan sikap sesetengah peniaga yang menghantar makanan untuk dirasai.

Menurut Nadya, dia r1mas apabila sering disoal dan diasak dengan pertanyaan yang sama.

“Awak dah sedekah makanan kat orang tapi jangan lah berjuta kali mesej tanya dah makan ke dah makan ke apa ke.


“Kalau ikhlas memberi tak perlu nak paksa macam-macam kat orang. Nanti daripada orang tu baik hati nak review ke apa, terus turn off tak selera dah nak review,” tulisnya.

Ketidakpuasan itu dikongsikan menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories.

Tambah pelakon drama Chandelier itu dia berharap agar pihak terbabit faham dengan masa kerjanya yang tidak menentu setiap hari.

“Faham awak berniaga, kita bekerja yang tak tentu masa. Sabar itu indah sis.

“Lama-lama orang duk mesej bertalu-talu minta kita update. Lama-lama hilang sabar juga tau,” tulisnya lagi.

 

Sumber: Gempak, Ig @nadyasyahera

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*