Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew atau nama Islamnya Irawan Ibrahim Lew sangat dikenali dengan kerja-kerja amalnya.
Sungguhpun begitu, biar sibuk membantu masyarakat namun Ebit tidak pernah melupakan keluarganya.
Terbaru, Jumaat lalu, penceramah yang disayangi ramai itu menyambut ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Airis Safiyyah Lew yang kini genap mencecah usia 11 tahun.
Ebit berkongsi momen indah tersebut dalam akaun Instagram miliknya untuk dijadikan sebagai kenangan.
Majlis ringkas yang diadakan di kediaman mereka mengumpulkan keluarga kecil yang terdiri isteri bersama tiga lagi anaknya.
Dalam video berdurasi 18 saat yang dikongsi Ebit, melihat beliau memimpin tangan puteri sulungnya itu sambil menuruni lif. Ebit kemudian menyerahkan hadiah berupa sebuah telefon bimbit kepada Airis Safiyyah sebelum mengucup dahinya.
Kasih sayang seorang ayah kepada puteri sulungnya boleh dilihat di dalam video yang dikongsi tersebut sehingga kini telah mencecah lebih 1.9 juta tontonan dan ribuan komen daripada warganet.
Untungnya si anak memiliki ayah yang penyayang seperti Ustaz Ebit. Seperti apa yang boleh dilihat, nampaknya seperti Ebit menghadiahkan telefon berjenama Iphone versi terkini buat puterinya. Tahniah Airis Safiyyah!
Ebit sendiri mend4kwa beliau tidak menyedari masa berlalu dengan cepat dan anaknya kini telah menjangkau ke usia remaja.
“Tak sedar masa berlalu, bahagianya dah 11 tahun anak sulung ayah,” kongsinya.
Beliau turut berkongsi pengalaman dari hari pertama kelahiran Airis Safiyyah.
“Dari hari pertama umi lahirkan Safiyyah, ayah bergegas ke h0sp1tal dari pejabat. Bawa terus baju-baju.
“Baca Al-Quran sama umi. Ingat jeritan umi dari jarak makin s4kit. Pegang tangan bidadari saya masa lahirkanmu anakku,” ujarnya.
“Bidadariku s4kit. Pengs4n. Tak sedar kerana ris4u anak lambat men4ngis. Bahagia saat melihatmu.
“Macam mimpi. Syukur pada Allah. Rapat betul kita masa kecil anakku. Betapa sayang ayah pada Saffiyyah. I love u anakku.
“Teman ayah berdakwah dan ke pejabat. Waktu tu semua kira sebab tiada duit. Susu dan pampers selalu tiada duit. Ikhtiar mana yang mampu.
“Terima kasih bidadariku yang melahirkan anak kita. Ya Allah peliharalah dan jagalah bidadari dan anak-anakku semuanya,” tulisnya.
Sumber : Sinar
Leave a Reply Cancel reply