1su Hutang Belum, Digandingkan Pula Dengan Ogy Dalam Telefilem, Ini Komen Khir Rahman

Sebelum ini, kec0h apabila Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud tidak melunaskan bayaran teater Korupsi Dewan Semandung kepada pelakon dan pengarah, Khir Rahman.

Namun begitu, Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman tetap memilih untuk bersikap profesional dimana dia telah digandingkan bersama Fauziah Ahmad Daud dalam telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3) yang baru selesai menjalani penggambaran pada Isnin.

Khir berkata 1su tuntutan bayaran tertangguh teater Korupsi Dewan Semandung hanya membabitkan mereka berdua dan tiada kaitan dengan produksi telefilem berkenaan.

“Ini pertama kali kami bergandingan semula selepas 1su itu… apabila berada di set penggambaran saya kena profesional sebab yang ada masalah hanya kami berdua, tenaga kerja lain tak ada kaitan, jadi tak bolehlah bawa masalah itu ke lokasi

“Saya sebagai pihak yang menuntut hutang mungkin tak rasa janggal sangat, tapi di pihak dia mungkin ada rasa lain! Apa-apa pun saya cuba elakkan rasa serba salah itu supaya penggambaran kami semua lancar.

“Alhamdulillah proses penggambaran berjalan baik tanpa timbul sebarang 1su. Kami dah kenal lama dan industri kita pun kecil… ke mana pergi tetap akan berjumpa!,” katanya kepada mStar.

Netizen puji sikap profesional yang ditunjukkan Ogy dan Khir.

Pada Ahad lalu, tersebar foto Khir bersama Fauziah atau Ogy dan Que Haidar menjalani penggambaran telefilem tersebut di laman Instagram.

Rata-ratanya memuji sikap profesional yang ditunjukkan oleh Khir sepanjang berlakon dalam telefilem istimewa sempena Aidiladha ini.

Pada Mei lalu, beberapa pelakon teater Korupsi Dewan Semandung memuat naik status di laman sosial mend4kwa Ogy mendiamkan diri selepas dides4k untuk melunaskan bayaran tersebut.

Namun, Ogy yang juga pemilik Syarikat Ogy Ventures & Network Sdn Bhd, menafikan dia melarikan diri dan memberitahu sedang berusaha mencari dana bagi menyelesaikan bayaran tertunggak itu.

Sementara itu, Khir berkata, dia sudah dimaklumkan lebih awal oleh pihak produksi mengenai penglibatan Ogy dalam telefilem berkenaan.

“Ya! saya tahu Ogy ada berlakon sekali setelah dimaklumkan produksi… saya tiada masalah untuk berlakon sama.

Ogy bersama barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung.

“Saya dan Ogy sudah kenal lama, dia tahu saya bukan orang yang suka buat hal dan dia tahu saya sentiasa profesional apabila membabitkan hal kerja,” ujarnya.

Ditanya mengenai bayaran teater Korupsi Dewan Semandung yang masih belum dilunaskan, Khir berkata mereka masih belum menerima bayaran tertangguh itu.

Bagaimanapun dia dapat melihat usaha yang dilakukan oleh pelakon filem Ali Set4n itu dalam menyelesaikan masalah itu.

“Soal bayaran belum tahu lagi bila akan selesai. Saya pun tak mahu hukvm dia atas apa yang berlaku tapi saya nampak usaha itu ada.

“Buat masa ini kita dah tak boleh ikut kontrak perjanjian itu… dia dapat bayar sikit-sikit pun kita terima!,” katanya.

 

 

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*