Tidak Memilih Rupa, Netizen Puji Manisnya Perkahwinan Gadis Melayu Dengan Lelaki Kacukan Chinese-British

Baru-baru ini telah tu1ar kisah sepasang pasangan berlainan kaum dan agama yang baru sahaja berkahwin dikenali sebagai Nina dan Hayden.

Difahamkan, gadis tersebut merupakan warganegara Malaysia manakala suaminya pula kacukan Chinese British.

Menerusi laman YouTube, pasangan ini juga turut berkongsi detik pertemuan dan kisah percintaan mereka.

Pasangan yang melanjutkan pengajian University of Winchester, United Kingdom ini kemudiannya mengambil keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan selama 5 tahun pada penghujung 2019.

Nina juga memberitahu mereka mengambil keputusan untuk membuka akaun YouTube (HaydenToNina) untuk berkongsi pengalaman dan kisah mereka mengenai perkahwinan campur.

Nina juga menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya menyatakan rasa terkejut sebaik sahaja mengetahui kisah mereka tu1ar di Malaysia.

“Kami menjadi tu1ar di Malaysia. Hi semua, agak sukar untuk kami bercakap mengenai perkara ini di hadapan kamera dan kami juga tertanya-tanya adakah apa yang kami lakukan ini salah atau tidak.

“Kami memulakan YouTube pada asalnya hanya kerana mahu berkongsi kegembiraan dan keseronokan bersama anda semua tentang perjalanan kisah kami.

“Kami harap anda semua memahami bahawa kami berdua juga adalah manusia dan mempunyai perasaan. Terima kasih atas sokongan anda dan kami sangat-sangat menghargainya,” tulisnya.

Di sini kami kongsikan foto-foto sweet pasangan Nina dan Hayden.

 

Sumber: Gempak, Ig @haydentonina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*