Air Mata Ernie Zakri ‘Tumpah’ Kerana Syamel

Penyanyi Ernie Zakri dan Syamel mula berkawan rapat sejak 2018, bagaimanapun kedua-duanya menafikan hubungan cinta sebaliknya mengakui sekadar teman baik.

Terbaharu, Ernie Zakri terharu sehingga menitiskan air mata apabila teman baiknya, Syamel memberi kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.


Selain itu, menerusi laman intagram miliknya, Ernie meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana dipanjangkan usia dan dapat menjalani kehidupan dengan bahagia.

“Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ninie (nama panggilannya) dah berumur 28 tahun! Syukur.

“Terima kasih Bang Mel (Syamel) berjaya buat air mata Kak Ninie tumpah sampai blusher pun hilang. Bang Mel suruh posing tak nampak macam 28 tahun, pose itu jelah saya boleh fikirkan.


“Terima kasih atas doa-doa kalian… maaf yang mana tak sempat nak balas dan baca, moga Allah makbulkan doa kita semua,” katanya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik beberapa keping foto semasa sambutan hari jadi tersebut.

Sementara itu, ada rakan artin turut meninggalkan komen.

 

Sumber: Ig @ erniezakri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*