Buat Kek Untuk Baby Makan, Netizen Minta Tasha Manshahar Kongsi Resepi, Tapi Tak Sangka Ini Rupanya

Penyanyi Tasha Manshahar atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Raqib pada 8 September tahun lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Hasil perkongsian hidup. mereka berdua dikurniakan cahaya mata lelaki pada 21 Jun tahun lalu.


Terbaharu, Tasha menyatakan sempena hari lahir putera kesayangannya, Muammar Rafiqi yang pertama dia mencabar diri untuk membuat sebiji kek.

Menurut Tasha, walaupun dia tidak berpengalaman namun itu adalah kenangan terindah yang boleh diingatinya bersama keluarga.

“Dari awal lagi saya memang dah niat nak buat kek hari jadi terutamanya untuk ulang tahun kelahiran Muammar yang pertama walaupun sebenarnya saya tak pernah dan tak pandai buat kek langsung!


“Tapi saja nak jadikan hari ni lebih bermakna (sekurangnya untuk saya). Tengah malam semalam ya saya mula buat kek semua orang dah tidur. Gementar g1la sebab memang tak reti!” tulisnya di Instagram (IG).

Tambah Tasha lagi, dia ada juga menempah kek untuk orang dewasa tetapi anaknya tidak boleh makan.


Justeru, dia menjadikan inspirasi daripada golongan ibu lain untuk membuat sebiji kek.

“Kek cantik tempah jugak untuk orang dewasa makan, tapi Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, jadi saya pun usaha la.

“Inspirasi daripada ibu-ibu hebat di luar sana untuk buat kek yang anak boleh makan.

“Boleh je nak upah baker buat ikut resepi yg kita bagi, tapi saya saja nak buat sendiri hehehe. Tapi berani mat1 jugaklah saya sebab jujur kuantiti bahan dia ada yang saya main agak-agak je.

“Nasib baik lahhhhh rasa dia boleh tahan sedap walaupun rupa dia agak menger1kan ya. Patut mommy boleh letak buah ke tapi mommy tak sempat, sorryyy Muammar.

“Emmm nak kongsi resipi tapi rupa kek kita pun macam tak berapa menyakinkan tapi ada yang nak resipi ke?” tulisnya lagi.

Komen Netizen:

 

Sumber: Gempak, Ig @ tashamanshahar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*