Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan aktiviti ibadah k0rban di masjid, surau atau kawasan dibenarkan pihak berkuasa agama di Wilayah Persekutuan.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media pada Rabu.
Namun begitu, mereka yang terlibat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) utama yang diputuskan iaitu eekor lembu hanya boleh dikendalikan 30 petugas sahaja bermula dari awal penyembel1han sehingga selesai proses pengagihan.
“Sebenarnya yang terbaik, mudahnya dengan sembelih di pusat sembel1han.. kita galakkan. Sembelih sana, ambil dan edar.
“Seekor lembu tak lebih 30 petugas. Bukan untuk menyembel1h 30 orang, tapi dari segi untuk menumbangkan, sembel1h, me1apah daging, memot0ng, memasukkan dalam plastik sehingga diedar kepada penerima.
“Kebenaran ini untuk Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri lain tertakluk kepada pihak berkuasa agama masing-masing.
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah keluarkan operasi standard (SOP) yang lengkap, jika negeri lain benarkan ibadah k0rban dilaksanakan, maka SOP tersebut boleh dijadikan rujukan oleh negeri-negeri lain,” ujarnya.
Berikut merupakan SOP yang diumumkan:
1) Penganjur perlu lapor aktiviti ibadah k0rban kepada pejabat kesihatan daerah terdekat.
2) Kapasiti kehadiran 250 orang
3) Nisbah seekor lembu dikendalikan tak lebih 30 petugas sahaja
4) Kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan
5) Sanitasi tangan dan rekod kehadiran
6) Petugas yang hadir haruslah tidak bergeja1a, mereka yang hadir juga tidak bergeja1a
7) Kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan hadir
8) Petugas dan tetamu perlu daftar menggunakan aplikasi MySejahtera atau rekod secara manual
9) Penjarakkan sosial mesti dilaksanakan sekurang-kurangnya satu meter
10) Perlu memakai penutup muka dan sarung tangan, digalakkan guna sistem moden seperti menggunakan sangkar sembel1han.
Kata Ismail Sabri, ibadah k0rban di negeri-negeri lain tertakluk kepada pihak berkuasa agama masing-masing dan mereka boleh menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Foto: Google
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply