Baru-baru ini, pelakon Zulin Aziz telah mendapat teguran daripada warganet apabila berkongsi video yang menampakkan sesuatu yang membuat ramai netizan rasa tidak senang melihat video tersebut.
Namun begitu, Zulin tidak terus melenting dengan tegurn tersebut malah mengakui kesilapan dan menerima teguran apabila berkongsi sebuah video yang mengundang rasa tidak senang wargamaya.
Jelas Zulin lagi, dia menerima banyak maklumbalas terhadap video asal dan bertindak menukarnya kepada video yang lebih sopan.
“Saya dah buang video lama sebab tak perasan ada nampak beberapa bahagian dan saya dan gantikan dengan video yang baru.
“Saya tak kisah terima kec4man wargamaya cuma saya kec1l hati bila video lama saya tu masih digunakan,” jelas Zulin ketika dihubungi Gempak untuk tujuan permohonan maaf.
Gembira dengan berat badan ideal yang dimilikinya kini, Zulin mahu ramai lagi orang di luar sana mendapat kebaikan yang sama dengannya.
“Saya dah pernah kena body shaming dan kalau boleh saya nak bantu orang yang senasib dengan saya ni untuk berubah.
“Saya nak beri mereka motivasi untuk jadi kurus dan cantik, menggunakan teknik atau kaedah yang sama saya gunakan di dalam program diet 21 hari ni,” ujar Zulin lagi.
Perkongsian video terbarunya itu mendapat reaksi positif daripada pengikutnya dimana ramai yang memuji tindakan Zulin menerima baik teguran wargamaya dan menjadi lebih positif.
Sumber: Gempak, Ig @zulinaziz
Leave a Reply Cancel reply