Penampilan pelakon Faezah Elai bertudung labuh dipuji netizen dan menjadi inspirasi ramai sehinggakan ada yang berminat mengenakan gaya yang sama.
Namun dalam masa sama, Faezah menyedari ada beberapa pihak mengeluarkan koleksi tudung menggunakan namanya tanpa kebenaran.
Bimbang ada yang menjadi m4ngsa pen1puan, Faezah memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang jenama tudung dan terpaksa menjelaskan mengenai perkara ini setelah menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada orang ramai di media sosial.
“Saya bersyukur apabila ada orang kata, ramai bertudung labuh selepas tengok saya pakai! Jadi ramai yang keluarkan tudung style ala-ala Faezah Elai.
“Saya sedar ada beberapa pihak menggunakan nama saya untuk jual tudung anda, saya diam sebab seronok melihat ramai mula menutup dada mereka.
“Tapi disebabkan ramai sangat DM cheq (saya) tanya macam mana nak jadi ejen atau stokis tudung Faezah Elai… saya nak beritahu, saya tak ada bisnes tudung yang kamu nak jadi stokis tu,” katanya menerusi Instagram.
Sementara itu isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ini berkata dia turut menerima pelbagai aduan mengenai pen1puan tudung yang dibeli oleh pelanggan.
Justeru, dia meminta mana-mana peniaga tudung tidak menggunakan namanya secara langsung kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan kepada pembeli.
“Ramai yang complain kata kena t1pu, beli yang tak original… ada yang tanya macam mana nak tahu original atau palsu.
“Cuma untuk penjual, kalau hangpa (anda) nak buat tudung macam saya pakai pun beritahulah tudung inspirasi Faezah Elai ke, tudung ala-ala Faezah Elai ke! Janganlah hangpa letak tudung Faezah Elai sebab saya tak keluar tudung pun… kasihan orang kena t1pu.
“Jadi kalau boleh tolong beritahu kawan-kawan yang beli ‘tudung Faezah Elai’ tu supaya mereka tak kata saya ni men1pu sebab saya tak ada bisnes tudung… kalau ada saya sendiri akan beritahu,” ujarnya.
Tambah Faezah lagi, dia rasa syukur kerana penampilannya itu menjadi ikutan dan contoh kepada individu lain.
“Jika sebab Faezah Elai ramai yang bertudung labuh, cheq sangat bersyukur padamu Ya Allah… Tak kisahlah tudung jenama apa pun hangpa nak pakai, tapi kalau dulu pakai yang pendek sekarang yang labuh, Alhamdulillah kita menang… sama-sama kita istiqamah.
“Cheq memang pakai tudung labuh ni sebab nak pakai, bukan nak jual… jadi kat sini tak kisahlah hangpa nak pakai jenama apa pun, asalkan menutup dada pun dah Alhamdulillah.
“Maaf terpaksa naikkan hal ini sebab macam par4h nak jadi bar4h dah. Tapi apa pun terima kasih untuk anda yang buat keputusan labuhkan tudung lepas tengok cheq pakai, jom kita terus istiqamah,” katanya.
Perkongsian Faezah itu tela mendapat pelbagai komen daripada peminatnya.
Sumber: Mstar, Ig @@faezahelai
Leave a Reply Cancel reply