Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah perkara yang mudah kerana perlu memikul dua tanggungjawab dalam satu masa iaitu menjadi seorang ibu dan jugak seorang ayah.
Bagi pelakon Rita Rudaini, tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukanlah perkara mudah kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Sempena sambutan hari bapa semalam, Rita telah berkongsi sesuatu di lamana Instagram miliknya.
Rita berkata anak-anaknya sangat bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik. Malah, Rayyan dan Arjuna diberikan kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada bapa saudara mereka yang sudah menganggap anak-anaknya seperti anak sendiri.
“Hari ini adalah Hari Bapa. Anak-anak tak pernah lupa ucapkan untuk saya, Pak Long dan Pak Su mereka. Bagi mereka Pak Long dan Pak Su mereka itulah ‘bapa’.
“Dari kecil kasih sayang tak pernah berbelah bagi antara anak sendiri dan anak saudara. Apa yang anak mereka dapat, anak saya pon akan dapat. Mana pernah mereka lupa seinci pun anak-anak saya. Kasih sayang mereka tiada sempadan.
“Walaupun hanya bapa saudara, budak kecil ini akan ingat siapa yang selalu bersama mereka. Budak-budak akan kasih dan suka orang yang kasihkan mereka. Anak-anak saya cukup bertuah kerana dikelilingi bapa saudara yang baik dan mengambil berat umpama anak sendiri,” katanya.
“Walaupun berjauhan, tapi anak-anak saya tetap ingat dan sering ucap rasa rindu kalau lama tak jumpa. Mereka sering sebut kalau ada apa-apa.
“Rasa yang ada dalam diri anak-anak terhadap bapa saudara mereka ni memang kasih sayang sejati. Senyuman dan mata bahagia mereka dapat saya rasa,” katanya.
Perkongsiannya itu telah mengundang sebak pengikutnya.
Sumber : Ig @ritrud727
Leave a Reply Cancel reply